Kerajaan Sabah menerusi Kumpulan Sawit Kinabalu melancarkan produk minyak masak jenama ‘Sayang’ dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan barangan keperluan berkenaan di pasaran.<br /><br />Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif itu diyakini mampu membantu penduduk setempat di pedalaman memperoleh minyak masak pada harga berpatutan.